Saturday, August 6, 2011

Ramadhan + Puasa #5(Apabila Manusia tiada sifat Perikemanusiaan)

Assalamualaikum...
terlambat pula nak update blog malam ni, ngok jam! haaah 12.24 A.M suda..
malam ni aku dah taknak cerita pasal puasa dah, tapi cerita pasal POTONG 15!!!!
*kuning,kuning
apa kuning kuning haaah??,, tak baik la fikir bukan bukan...
korang ada tak dengar/tengok/lihat/fikir pasal berita yang lebih kurang hangat juga la di corong corong media massa sekarang?? mesti ada kan?(for those yang tau laaaa) cerita pasal mayat perempuan di potong 15 dan dicampak di beberapa tempat di dalam sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni selama 10 tahun lamanya..(fuhhhhhhhhhhhhhh semput aq~)... haaaaah! lama kan? kalau aku la kan, memang takkan masuk rumah tu punya, sebab apa? sebab takut tuuuuuuuuttttt.... hahahhaha.. jangan fikir bukan bukan.. depa suma dah takdak masa bulan ramadhan noh,depa sume kene gari...


 eeeeee.. kejam kan??... tutup mata kalau tak nak tengok yer~
kaki ni ditemui di Jamban dekat rumah tu...


Kami mengharapkan Pak Polisi dapat menyelesaikan kes ini yaaa...
(go pak polis,go pak polis,go,go,go,go,go,go!!!!)
hahahahaha

Berita yg di-copy dr Abang Metro kita...
AMPANG: Misteri penemuan anggota badan yang dikerat lebih 15 bahagian di beberapa tempat dan dalam tiga bungkusan plastik di sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, terjawab apabila ia disahkan milik seorang wanita dan seorang kanak-kanak.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata anggota badan yang dikerat itu milik wanita dipercayai berusia 20-an dan kanak-kanak lelaki berusia lima hingga enam tahun.

“Hasil bedah siasat mendapati anggota badan yang dimasukkan dalam bungkusan plastik itu milik kanak-kanak manakala anggota badan yang ditemui dibuang di beberapa tempat termasuk tandas milik seorang wanita.

“Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa itu belum dapat dikenal pasti. Cap jari mayat wanita sudah diambil untuk semakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, polis masih menyiasat kes terbabit bagi menyemak laporan kehilangan individu selain beberapa perkara lain yang boleh membantu siasatan.

Pihaknya tidak menolak kemungkinan dua mayat terbabit mempunyai kaitan talian darah, namun identiti mangsa dan punca kematian masih dalam siasatan.


Harian Metro semalam melaporkan bau busuk di sebuah pangsapuri sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini.

Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.

9 comments:

kaka aiqah said...

da mcm kari ngeri la ak tgok..>.<

tyra said...

aku tk tau pulak cite ni. haha
tk tgk berita kan~

Hasrul Hazrin said...

pika: ko nmpk mcm kari,, aq nmpak mcm rendang.. kalau buat rendang mmg pahit.. hahaha

Hasrul Hazrin said...

rot: skrg aq dh bgtaw... ko dh taw?? he3..

Deq said...

ngeri weh!

.: Arie Fareeha :. said...

isy3..btw slamat b'pose...

.embun. said...

nak muntah tgk.cisciscis! =,=

ashikinzulkefli said...

err. ngeri :(

Hasrul Hazrin said...

yana: hahaha.. mmg aq suke bg org ngeri2..

arie: yaaa.. selamat berbuka pula.. :D

kak embun: nk muntah??.. batal puasa :P

eykin:he3.. ngerikn??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...